Friday, June 10, 2011

Fakta Menarik..!!

1. Abu Kassim keempat paling berpengaruh dalam etika perniagaan.
- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed disenaraikan sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh dalam dunia etika perniagaan sepanjang tahun lalu.  Portal berita Ethisphere yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 31 Januari lalu, menyenaraikan 100 individu paling berpengaruh di seluruh dunia berdasarkan penilaian lapan kategori.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad
- Melalui perkhidmatanya sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di  Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

3. Gelaran Tun
- 'Tun' adalah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang Dipertua Agong, dan gelaran ini dihadkan kepada 25 orang penerima sahaja.

4. Keajaiban Malaysia diiktiraf Dunia 
- Dunia hari ini bersepakat bahawa keajaiban Malaysia adalah yang terbaik di dunia ini.  Keajaiban itu amat menakjubkan serta di akui ramai negara bahawa ianya amat sukar untuk dikecapi, serta dilaksanakan.  Keajaiban Malaysia ialah Perpaduan dan Keharmonian Kaum.  Inilah keajaiban Malaysia, pergilah ke serata dunia, hanya Malaysia yang mengiktiraf kesemua perayaan kaum iaitu Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan pelbagai lagi.

5. Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) negara antara terbaik di dunia.
- NBI yang merupakan satu daripada inisiatif paling penting yang mula dilaksanakan kerajaan kira-kira lima tahun lalu untuk memberikan akses berterusan kepada rakyat adalah antara yang terbaik di dunia kerana ia bukan sahaja diiktiraf oleh syarikat gergasi (komputer) microsoft malah juga oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang merupakan badan dunia.

6. Batik, warisan budaya Malaysia
- Batikyang  merupakan warisan budaya Malaysia adalah satu bidang kraftangan yang bukan sahaja unggul di Malaysia malah telah diiktiraf dek kehalusan dan keseniannya di mata dunia.  Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

No comments:

Post a Comment