Friday, June 10, 2011

Fakta Menarik..!!

1. Abu Kassim keempat paling berpengaruh dalam etika perniagaan.
- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed disenaraikan sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh dalam dunia etika perniagaan sepanjang tahun lalu.  Portal berita Ethisphere yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 31 Januari lalu, menyenaraikan 100 individu paling berpengaruh di seluruh dunia berdasarkan penilaian lapan kategori.

2. Tun Dr Mahathir Mohamad
- Melalui perkhidmatanya sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di  Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

3. Gelaran Tun
- 'Tun' adalah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang Dipertua Agong, dan gelaran ini dihadkan kepada 25 orang penerima sahaja.

4. Keajaiban Malaysia diiktiraf Dunia 
- Dunia hari ini bersepakat bahawa keajaiban Malaysia adalah yang terbaik di dunia ini.  Keajaiban itu amat menakjubkan serta di akui ramai negara bahawa ianya amat sukar untuk dikecapi, serta dilaksanakan.  Keajaiban Malaysia ialah Perpaduan dan Keharmonian Kaum.  Inilah keajaiban Malaysia, pergilah ke serata dunia, hanya Malaysia yang mengiktiraf kesemua perayaan kaum iaitu Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan pelbagai lagi.

5. Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) negara antara terbaik di dunia.
- NBI yang merupakan satu daripada inisiatif paling penting yang mula dilaksanakan kerajaan kira-kira lima tahun lalu untuk memberikan akses berterusan kepada rakyat adalah antara yang terbaik di dunia kerana ia bukan sahaja diiktiraf oleh syarikat gergasi (komputer) microsoft malah juga oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang merupakan badan dunia.

6. Batik, warisan budaya Malaysia
- Batikyang  merupakan warisan budaya Malaysia adalah satu bidang kraftangan yang bukan sahaja unggul di Malaysia malah telah diiktiraf dek kehalusan dan keseniannya di mata dunia.  Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

Wednesday, March 23, 2011

Video Porno tu Anwar ke pelakonnya??

dah lama tak menulis blog...sibuk dengan urusan kerja dan lain lain urusan...ujan lak skang ni lagi la malas nk menulis...tapi baru baru ni dunia dikejutkan dengan video porno yang mana pelakonnya adalah ketua pembangkang sendiri..ish biaq betui ni? isu liwat pun tak abis lagi ni tambah lagi isu lain..ish ish ish mmg betui betui memeningkan...tapi kalu betui Anwar pelakonnya mmg lagi gegar dan panas la dunia skang ni...ntahlah nak wat camna..nenek pun dak malas nak pikiaq dah la...

ps: amik link ni baca sendiri la...klik

Thursday, February 24, 2011

Padan......ketaq la tu....

PAS mmg tak abis abis lagi...boleh pulak p wat ceghita yang Ustaz Syed Ibrahim tu takdak ijazah dari Universiti Al-Azhar..ingat depa saja kot yang layak ada ijazah dari Universiti Al-Azhar orang UMNO tak layak...citttpooodaaah....gile mereng....tapi padan la ngan puak PAS ni pasai kena smash dengan Dato Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob..
ni petikan kata Dato Sri DiRaja 

Wednesday, February 16, 2011

'Kakitangan kerajaan Selangor tak gembira

KUALA LUMPUR: Kajian sebuah universiti tempatan mendapati 65.6 peratus kakitangan awam kerajaan Selangor tidak gembira dengan pemerintahan kerajaan negeri itu kerana tidak yakin dengan dasar yang diamalkannya. Penjawat awam negeri itu juga menganggap tiada perubahan besar dalam politik kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, sekali gus menyebabkan mereka tidak suka pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS memerintah Selangor semula. boleh baca kat sini gak..

Saturday, February 12, 2011

tak sedaq dek untung...???

tadi nenek baru terbaca satu artikel atau luahan rasala oleh seorang pembaca utusan dekat ruangan forum.. penulis menceritakan mengenai ketidakpuasan hatinya mengenai pelajar pelajar di Mesir yang diberi bantuan oleh kerajaan Malaysia..mereka langsung tidak bersyukur kerana di atas bantuan kerajaan Malaysia la depa dapat dibawak balik dari suasana huru hara  kekacauan di Mesir..yang mereka tau menghentam kerajaan..menuduh kerajaan macam macam...bila diberi bantuan kot nk ucap terima kasih kat kerajaan Malaysia..ni dak wat tak tau lak..wat cam takdak apa....bagi nenek la..luahan penulis tu memang betui..rata-rata pelajar di sana bukannya sepenuhnya di tanggung oleh kerajaan Malaysia tapi ada yang ditanggung oleh pondok pondok di seluruh negeri..sekurang-kurang depa kena sedaq yang kerajaan kita bersungguh nk bantu depa..kot nk bg ucapan terima kasih..bukan meminta dan mengharap tapi  sekurang kurang tunjuk la rasa tu...orang berbudi kita berbahasa,,ni nama ja belajaq tinggi-tinggi tapi takdak otak nk pikiaq....ish lu pikir la sendiri.....malas nk kata apa dah.....

Thursday, February 10, 2011

Jom Tengok Siti Nurhaliza yang jadi Pengacara esok..

siti

dah lama nenek duk tunggu bila la nak kuaq rancangan temu bual Siti Nurhaliza yang ala ala Oprah ni kat astro..akhirnya detik dan ketikanya dah pun keluaq..esk jam 9malam kat astro RIA bermulalah tayangan rancangan ini..tak sabaq rasanya pasai tetamu pertama yang muncul dalam rancangan ni ialah mantan Perdana Menteri kita sendri...teruja nk tau apa soalan yang Siti ni nak tanya...ish so esk malam jangan lupa na...rancangan SITI kat astro nun.....canel 104

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Macam ni Pun Ada ka?




Najib 'tabik' semua yang menjayakan Ops Piramid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak melahirkan penghargaan dan "tabik" kepada semua pihak yang terlbabit membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir untuk pulang dengan selamat ke tanah air. 

"Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang yang terlibat, tidak kira latar belakang etnik mereka, dalam menjayakan Ops Piramid. Terima kasih," kata Perdana Menteri dalam blog beliau www.1malaysia.com hari ini.


Thursday, February 3, 2011

Jangan tunggu keadaan huru-hara

SEMPORNA 3 Feb. – “Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi keruh dan huru-hara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan hendak mengkaji kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.”
Begitulah kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila diminta mengulas mengenai desakan supaya Majlis Fatwa mengkaji kenyataan-kenyataan Menteri Besar Kelantan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan terlalu taksub terhadap pemimpin tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengikut beberapa mazhab di luar negara.
Menurut beliau, pengikut fahaman-fahaman itu mempunyai akidah yang sama iaitu beriman kepada Allah tetapi pada masa sama bergaduh sesama sendiri kerana ajaran dan tafsiran agama berbeza yang ditonjolkan oleh pemimpin masing-masing.
“Kenyataan demi kenyataan yang boleh memesongkan rakyat tidak boleh lagi dibiarkan kerana dikhuatiri akhirnya ia akan dianggap sebagai betul oleh sesetengah kumpulan.
“Kita perlu teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu nanti akan berlaku sesuatu perkara tidak sihat di negara ini. Pihak berkuasa agama yang mempunyai autoriti perlu bertindak dan jangan lagi biarkan sesiapa sahaja membuat fatwa mengelirukan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Seraya di sini hari ini.
Tegas Mohd. Shafie, perkara membabitkan ketaksuban terhadap agama dan bangsa amat berbahaya kerana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya termasuk sanggup menggadai nyawa mereka.
“Cukuplah segala-galanya dipolitikkan hinggakan dalam perkara agama pun politik tetap didahulukan demi memenuhi agenda peribadi,” katanya.
Semalam, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Terbaru, katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, baru-baru ini.

sumber utusan

Takziah...

takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarham DAtuk Abdul Ajib Ahmad iaitu bekas Menteri Besaq Johor (1982-1986) yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.... sumber harian

Tuesday, February 1, 2011

Kelab Putera 1Malaysia dah p...kau ada?

Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu. Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu...nak lagi lanjut bleh klik kat sini......

hmmm tu jangan duk kata macam macam tapi tak gerak gerak pun..yang duk bergerak mulut ja kaki badan duk saja..apa punya tuuurrrrrr daaaaaa

dulu lain sekarang lain....

ni satu lagi kisah..dulu kemain lagi wat citer...kena penyakit tu la ..penyakit ni la...ha la ni dah gelabah la kot...then terbuka pintu hati tu...apa apa pun tahniah atas keberanian Pahang Daily Online atas permohonan maaf ke atas Saiful Bukhari...bukan nak sokong sapa sapa cuma kalu bercakap tanpa bukti kan padah menanti.....

kalu nak detail leh klik kat sini

epi epi epi

mengantuk aih petang petang ni...so nenek nak buh la gambaq gambaq bagi ceria sket mata ni...jom kawan kawan .....




Monday, January 31, 2011

Jom kita doakan keselamatan pelajar-pelajar kita di Mesir

nenek risau sangat dengan perkembangan terbaru apa yang terjadi kat Mesir...risau sungguh dengan pelajar pelajar kita kat sana...Ya Allah lindungi la mereka....klik mesir untuk lebih lanjut...kredit utk blog tok esah.

ada puak talam 2 muka dalam MBAS??

nenek pun tak tau citer ni betui ka dak..takdak kawan lak gheja kat MBAS tu tapi menurut info ni betui la kot...tak pasti lak..so nak tau lebih lanjut baca kat sini  la...

Ketua Pengarang Akhbar Media Rakyat Menggeletar Ditelefon Peguam Ummi

hmm panas jugak citer ni..so anda sumer bleh la baca di sini untuk lebih details lagi...nah nenek pun tak tau nak cakap apa dah...baca sendiri la

UMNO menang lagi...



Tahniah diucapkan kepada BN di atas kemenangan pilihanraya kecik Tenang..walaupun majoriti yang kuaq mengundi turun ...tapi kemenangan masih di pihak BN..harap tu bila dah jadi wakil rakyat, berkhidmat la bersungguh-sungguh dan jaga kebajikan rakyat...TAHNIAH...

pssssst.....sian dekat cikgu mala..tambah si suaminya tu...lagi tertekan la gayanya...