Thursday, February 24, 2011

Padan......ketaq la tu....

PAS mmg tak abis abis lagi...boleh pulak p wat ceghita yang Ustaz Syed Ibrahim tu takdak ijazah dari Universiti Al-Azhar..ingat depa saja kot yang layak ada ijazah dari Universiti Al-Azhar orang UMNO tak layak...citttpooodaaah....gile mereng....tapi padan la ngan puak PAS ni pasai kena smash dengan Dato Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob..
ni petikan kata Dato Sri DiRaja 

Wednesday, February 16, 2011

'Kakitangan kerajaan Selangor tak gembira

KUALA LUMPUR: Kajian sebuah universiti tempatan mendapati 65.6 peratus kakitangan awam kerajaan Selangor tidak gembira dengan pemerintahan kerajaan negeri itu kerana tidak yakin dengan dasar yang diamalkannya. Penjawat awam negeri itu juga menganggap tiada perubahan besar dalam politik kerajaan Selangor sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, sekali gus menyebabkan mereka tidak suka pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS memerintah Selangor semula. boleh baca kat sini gak..

Saturday, February 12, 2011

tak sedaq dek untung...???

tadi nenek baru terbaca satu artikel atau luahan rasala oleh seorang pembaca utusan dekat ruangan forum.. penulis menceritakan mengenai ketidakpuasan hatinya mengenai pelajar pelajar di Mesir yang diberi bantuan oleh kerajaan Malaysia..mereka langsung tidak bersyukur kerana di atas bantuan kerajaan Malaysia la depa dapat dibawak balik dari suasana huru hara  kekacauan di Mesir..yang mereka tau menghentam kerajaan..menuduh kerajaan macam macam...bila diberi bantuan kot nk ucap terima kasih kat kerajaan Malaysia..ni dak wat tak tau lak..wat cam takdak apa....bagi nenek la..luahan penulis tu memang betui..rata-rata pelajar di sana bukannya sepenuhnya di tanggung oleh kerajaan Malaysia tapi ada yang ditanggung oleh pondok pondok di seluruh negeri..sekurang-kurang depa kena sedaq yang kerajaan kita bersungguh nk bantu depa..kot nk bg ucapan terima kasih..bukan meminta dan mengharap tapi  sekurang kurang tunjuk la rasa tu...orang berbudi kita berbahasa,,ni nama ja belajaq tinggi-tinggi tapi takdak otak nk pikiaq....ish lu pikir la sendiri.....malas nk kata apa dah.....

Thursday, February 10, 2011

Jom Tengok Siti Nurhaliza yang jadi Pengacara esok..

siti

dah lama nenek duk tunggu bila la nak kuaq rancangan temu bual Siti Nurhaliza yang ala ala Oprah ni kat astro..akhirnya detik dan ketikanya dah pun keluaq..esk jam 9malam kat astro RIA bermulalah tayangan rancangan ini..tak sabaq rasanya pasai tetamu pertama yang muncul dalam rancangan ni ialah mantan Perdana Menteri kita sendri...teruja nk tau apa soalan yang Siti ni nak tanya...ish so esk malam jangan lupa na...rancangan SITI kat astro nun.....canel 104

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Macam ni Pun Ada ka?




Najib 'tabik' semua yang menjayakan Ops Piramid

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak melahirkan penghargaan dan "tabik" kepada semua pihak yang terlbabit membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir untuk pulang dengan selamat ke tanah air. 

"Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang yang terlibat, tidak kira latar belakang etnik mereka, dalam menjayakan Ops Piramid. Terima kasih," kata Perdana Menteri dalam blog beliau www.1malaysia.com hari ini.


Thursday, February 3, 2011

Jangan tunggu keadaan huru-hara

SEMPORNA 3 Feb. – “Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi keruh dan huru-hara, baru Majlis Fatwa Kebangsaan hendak mengkaji kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.”
Begitulah kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal apabila diminta mengulas mengenai desakan supaya Majlis Fatwa mengkaji kenyataan-kenyataan Menteri Besar Kelantan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.
Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bahawa perbuatan terlalu taksub terhadap pemimpin tanpa mengira sama ada ia benar atau tidak boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengikut beberapa mazhab di luar negara.
Menurut beliau, pengikut fahaman-fahaman itu mempunyai akidah yang sama iaitu beriman kepada Allah tetapi pada masa sama bergaduh sesama sendiri kerana ajaran dan tafsiran agama berbeza yang ditonjolkan oleh pemimpin masing-masing.
“Kenyataan demi kenyataan yang boleh memesongkan rakyat tidak boleh lagi dibiarkan kerana dikhuatiri akhirnya ia akan dianggap sebagai betul oleh sesetengah kumpulan.
“Kita perlu teliti dan berhati-hati kerana tidak mahu nanti akan berlaku sesuatu perkara tidak sihat di negara ini. Pihak berkuasa agama yang mempunyai autoriti perlu bertindak dan jangan lagi biarkan sesiapa sahaja membuat fatwa mengelirukan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan program Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Seraya di sini hari ini.
Tegas Mohd. Shafie, perkara membabitkan ketaksuban terhadap agama dan bangsa amat berbahaya kerana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankannya termasuk sanggup menggadai nyawa mereka.
“Cukuplah segala-galanya dipolitikkan hinggakan dalam perkara agama pun politik tetap didahulukan demi memenuhi agenda peribadi,” katanya.
Semalam, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Terbaru, katanya, Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan yang sungguh mengelirukan umat Islam apabila menyatakan mereka yang tidak menyokong Pas ialah orang jahiliah semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, baru-baru ini.

sumber utusan

Takziah...

takziah di ucapkan kepada keluarga Allahyarham DAtuk Abdul Ajib Ahmad iaitu bekas Menteri Besaq Johor (1982-1986) yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.... sumber harian

Tuesday, February 1, 2011

Kelab Putera 1Malaysia dah p...kau ada?

Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu. Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu...nak lagi lanjut bleh klik kat sini......

hmmm tu jangan duk kata macam macam tapi tak gerak gerak pun..yang duk bergerak mulut ja kaki badan duk saja..apa punya tuuurrrrrr daaaaaa

dulu lain sekarang lain....

ni satu lagi kisah..dulu kemain lagi wat citer...kena penyakit tu la ..penyakit ni la...ha la ni dah gelabah la kot...then terbuka pintu hati tu...apa apa pun tahniah atas keberanian Pahang Daily Online atas permohonan maaf ke atas Saiful Bukhari...bukan nak sokong sapa sapa cuma kalu bercakap tanpa bukti kan padah menanti.....

kalu nak detail leh klik kat sini

epi epi epi

mengantuk aih petang petang ni...so nenek nak buh la gambaq gambaq bagi ceria sket mata ni...jom kawan kawan .....